Sebelum ini telah tersebar satu video yang dikongsikan melalui Aplikasi Tiktok mengenai seorang remaja yang mencampak kucing hanya semata-mata untuk mendapatkan tontonan. Tindakan berkenaan bukan sahaja zalim, malah tidak berhati perut kerana perbuatannya.
Disebabkan itu, orang ramai mula mengecam dan menyebarkan video berkenaan bagi mendapatkan maklumat individu yang melakukan kezaliman itu. Perkara ini tentunya mendatangkan kemarahan apatah lagi bagi mereka yang mencintai haiwan. Persatuan Haiwan Malaysia juga menyeru orang ramai yang mengenali lelaki tampil untuk memberikan maklumat bagi mendakwa perbuatan zalim remaja berkenaan.

Selepas videonya tersebar. Satu laporan polis telah dilakukan bagi mendakwa remaja berkenaan. Berdasarkan maklumat yang diterima. Remaja berkenaan berusia 19 tahun dan dilaporkan normal. Pihak Polis dari Lawas, Sarawak telah menangkap remaja berkenaan yang berada di Kampung Aru Baru, Sundar di Lawas pada kira-kira jam 9.00 pagi semalam.
Maklumat ini dikongsikan oleh orang kampung berkenaan yang sempat menangkap gambar si pelaku itu diiringi oleh pihak polis. Untuk maklumat pembaca, Kampung Baru Ara terletak kira-kira 45 minit dari Bandar Lawas.

Jadi apa kata anda, kalau dah baca jangan lupa like & share artikel ini. Terima kasih.
Discussion about this post