kupasmedia.com
No Result
View All Result
kupasmedia.com
No Result
View All Result

Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai PM Ke 8, Titah Agong.

by Syukri Mokhtar
May 19, 2020
in Terkini
Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai PM Ke 8, Titah Agong.
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp
LIKE PAGES KUPASMEDIA, untuk mendapatkan Berita & Viral terkini.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat dan layak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

Titah Seri Paduka, pada 24 Februari 2020 yang lalu, naratif landskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

“Sekitar jam 5 petang pada hari yang sama, Beta telah berkenan menerima menghadap yang berhormat Tun Dr Mahathir Mohammad. Dalam pertemuan tersebut, Beta telah meminta yang berhormat Tun Dr Mahathir Mohammad untuk tidak meletak jawatan.

“Namun beliau tetap dengan keputusannya. Oleh yang demikian, Beta bertanggungjawab untuk melantik seorang perdana menteri yang baharu seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 43 memberi kuasa budi-bicara kepada beta untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Beta mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan rakyat,” titah Seri Paduka Baginda.

Tuanku bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas pada di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, pada 25 dan 26 Februari 2020, Tuanku telah mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan ahli-ahli dewan rakyat untuk menilai sendiri sokongan kepercayaan mereka.

“Pada 29 Februari 2020, beta telah menitahkan semua parti-parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat untuk mencalonkan nama seorang ahli dewan rakyat sebagai bakal perdana menteri.

“Atas permintaan beberapa ketua parti politik, Beta telah berkenan pula untuk melanjutkan tempoh masa bagi parti-parti politik mengemukakan pencalonan mereka agar masa yang cukup diberikan dalam mereka membuat perhitungan secara demokrasi.

“Sudah tentu setiap pertandingan pasti akan ada penamatnya. Kemelut politik negara tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan dengan tanpa ada penghujungnya.

“Lantaran itu, setelah melalui semua proses tersebut dan selaras dengan perlembagaan persekutuan, Beta telah mendapati Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat dan dengan demikian selayaknya di-lantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Sesungguhnya, Beta telah menggalas amanah dengan telus dan adil selaras dengan konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita,” titah Seri Paduka Baginda.

Titah Seri Paduka, pada masa yang sama, Tuanku juga menghargai kematangan dan kerjasama semua ahli-ahli yang berhormat dan rakyat jelata yang telah memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika bagi menggalas amanah tersebut.

“Kepada kerajaan Beta di bawah kepimpinan memanda Perdana Menteri, yang amat berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Beta menaruh keyakinan bahawa usaha-usaha membawa negara untuk terus mendaki persada kejayaan yang lebih tinggi akan menjadi kenyataan.

“Nasihat beta, laksanakan amanah ini dengan jujur dan penuh tanggungjawab serta jangan sekali-kali mengabaikan kesejahteraan rakyat jelata,” titah Tuanku.

Sumber : Sinar Harian

Tags: agongmuhyiddinPM8
Share7741TweetSend
LIKE PAGES KUPASMEDIA, untuk mendapatkan Berita & Viral terkini.

Discussion about this post

Kupas Media

Trending

[VIDEO] Lelaki Bangla Mencabul Wanita Tempatan Berjaya Dirakam CCTV.
Viral

[VIDEO] Lelaki Bangla Mencabul Wanita Tempatan Berjaya Dirakam CCTV.

3 months ago
[VIDEO]Tarian TikTok Di Sekatan Jalan Raya, Ini Tindakan Yang Bakal Dikenekan.
Terkini

[VIDEO]Tarian TikTok Di Sekatan Jalan Raya, Ini Tindakan Yang Bakal Dikenekan.

3 months ago
Enam Rider Foodpanda Dihadapkan Ke Mahkamah
Terkini

Enam Rider Foodpanda Dihadapkan Ke Mahkamah

9 months ago
Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai PM Ke 8, Titah Agong.
Terkini

Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai PM Ke 8, Titah Agong.

10 months ago
[GAMBAR]”Rupanya Budak Ini Duduk Jauh “. Polis Menahan Lelaki Campak Kucing Dlm Video Tiktok.
Viral

[GAMBAR]”Rupanya Budak Ini Duduk Jauh “. Polis Menahan Lelaki Campak Kucing Dlm Video Tiktok.

3 months ago
kupasmedia.com

KupasMedia Adalah sebuah Platform yang mengongsikan Berita-berita setiap hari. Ikuti kami untuk mendapatkan berita setiap hari.

Follow Us

Recent News

[VIDEO] Lelaki Bangla Mencabul Wanita Tempatan Berjaya Dirakam CCTV.

[VIDEO] Lelaki Bangla Mencabul Wanita Tempatan Berjaya Dirakam CCTV.

December 9, 2020
[VIDEO]”Datuk Tidak Pernah Menjanjikan Kereta, Rumah” Isu Mengenai Wanie Comel & Datuk Aliff Syukri.

[VIDEO]”Datuk Tidak Pernah Menjanjikan Kereta, Rumah” Isu Mengenai Wanie Comel & Datuk Aliff Syukri.

December 8, 2020
[GAMBAR]”Rupanya Budak Ini Duduk Jauh “. Polis Menahan Lelaki Campak Kucing Dlm Video Tiktok.

[GAMBAR]”Rupanya Budak Ini Duduk Jauh “. Polis Menahan Lelaki Campak Kucing Dlm Video Tiktok.

December 8, 2020

Categories

  • Terkini
  • Viral
  • TENTANG KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • PRIVASI & POLISI

© 2020 Kupasmedia.com

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • KATEGORI
    • Terkini
    • Viral
    • Lawak
    • Artis
    • Gadget
  • TENTANG KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • PRIVASI & POLISI

© 2020 Kupasmedia.com

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In