kupasmedia.com
No Result
View All Result
kupasmedia.com
No Result
View All Result

Pemandu Mabuk Mengaku Tidak Bersalah Melanggar Penghantar Makanan.

by Syukri Mokhtar
June 2, 2020
in Terkini
Pemandu Mabuk Mengaku Tidak Bersalah Melanggar Penghantar Makanan.
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp
LIKE PAGES KUPASMEDIA, untuk mendapatkan Berita & Viral terkini.

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu kedai aksesori didakwa di Mahkamah Majistret semalam, atas dakwaan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penghantar makanan awal pagi semalam.

Tertuduh, Khor Yong Zhang, 21, mengaku tidak bersalah sebaik tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi.

Zhang didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal Mohamed Zaili Mohamed, 44.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang mana kandungan alkohol di dalam badan sebanyak 161 mg/100 ml iaitu melebihi 81 mg/100 ml daripada had yang ditetapkan sebanyak 80 mg/100 ml.

Justeru, tertuduh tidak berdaya mengawal kenderaan dan menyebabkan kematian kepada penunggang motosikal Honda EX5, Mohamed Zaili Mohamed, 44.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar ke arah Jalan Tun Razak di sini, jam 1.30 pagi tadi.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman denda antara RM8,000 hingga RM20,000 dan penjara antara tiga tahun hingga 10 tahun serta lesen memandu dibatalkan.

Pegawai Pendakwa, Abdullah Khazali, yang mengendalikan kes, menawarkan jaminan RM10,000 dan memohon supaya lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, Khairul Amin Abdullah, memohon jaminan rendah atas alasan masih muda dan akan membuktikan tidak bersalah ketika perbicaraan pada masa akan datang.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan pada 1 Julai depan

Media pagi ini, melaporkan pemandu mabuk merempuh seorang penunggang motosikal sehingga maut dalam kejadian ketika mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan dijual isterinya di Lebuhraya Sultan Iskandar di sini.

Dalam kejadian itu, mangsa mati akibat tercampak, manakala motosikal ditunggangnya diseret sejauh dua kilometer.

Sumber : BH online.

Tags: foodpandalanggarmabuk
Share581TweetSend
LIKE PAGES KUPASMEDIA, untuk mendapatkan Berita & Viral terkini.

Discussion about this post

Kupas Media

Trending

[VIDEO] Lelaki Bangla Mencabul Wanita Tempatan Berjaya Dirakam CCTV.
Viral

[VIDEO] Lelaki Bangla Mencabul Wanita Tempatan Berjaya Dirakam CCTV.

3 months ago
[VIDEO]”Datuk Tidak Pernah Menjanjikan Kereta, Rumah” Isu Mengenai Wanie Comel & Datuk Aliff Syukri.
Terkini

[VIDEO]”Datuk Tidak Pernah Menjanjikan Kereta, Rumah” Isu Mengenai Wanie Comel & Datuk Aliff Syukri.

3 months ago
Enam Rider Foodpanda Dihadapkan Ke Mahkamah
Terkini

Enam Rider Foodpanda Dihadapkan Ke Mahkamah

9 months ago
Rusuhan Di Amerika Semakin Merebak Dan Tidak Terkawal.
Terkini

Rusuhan Di Amerika Semakin Merebak Dan Tidak Terkawal.

9 months ago
Sudah Tiba Masa Mengambil Tindakan Mahkamah Terhadap Tun M.
Terkini

Sudah Tiba Masa Mengambil Tindakan Mahkamah Terhadap Tun M.

10 months ago
kupasmedia.com

KupasMedia Adalah sebuah Platform yang mengongsikan Berita-berita setiap hari. Ikuti kami untuk mendapatkan berita setiap hari.

Follow Us

Recent News

[VIDEO] Lelaki Bangla Mencabul Wanita Tempatan Berjaya Dirakam CCTV.

[VIDEO] Lelaki Bangla Mencabul Wanita Tempatan Berjaya Dirakam CCTV.

December 9, 2020
[VIDEO]”Datuk Tidak Pernah Menjanjikan Kereta, Rumah” Isu Mengenai Wanie Comel & Datuk Aliff Syukri.

[VIDEO]”Datuk Tidak Pernah Menjanjikan Kereta, Rumah” Isu Mengenai Wanie Comel & Datuk Aliff Syukri.

December 8, 2020
[GAMBAR]”Rupanya Budak Ini Duduk Jauh “. Polis Menahan Lelaki Campak Kucing Dlm Video Tiktok.

[GAMBAR]”Rupanya Budak Ini Duduk Jauh “. Polis Menahan Lelaki Campak Kucing Dlm Video Tiktok.

December 8, 2020

Categories

  • Terkini
  • Viral
  • TENTANG KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • PRIVASI & POLISI

© 2020 Kupasmedia.com

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • KATEGORI
    • Terkini
    • Viral
    • Lawak
    • Artis
    • Gadget
  • TENTANG KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • PRIVASI & POLISI

© 2020 Kupasmedia.com

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In